Alhamdulillah, baru saja menyelesaikan safar ilmu dunia (dunia je semua tu) di pusat pengajian paling ke selatan di tanah semenanjung Malaysia ni... Walhamdulillah, tak de yang sangkut sepanjang 4 tahun di sana. Buat masa ni, saya dengan rasminya bergelar penganggur terhormat. Ada lah lebih kurang 30 jam semenjak sampai ke rumah semalam. Teringat hadis ke-12 dalam himpunan hadis 40 susunan Imam An-Nawawi rahimahullah,
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian
daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak
berfaedah baginya. Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi
dan lain-lain sedemikian.
so, daripada duduk kat rumah terpinga-pinga cam lempeng gula merah, saya pun bergegas ke shopping mall mencari pekerjaan part time sementara menanti offer keje yang tak tahu bila kan kunjung tiba. Setibanya di sana, 1st sekali saya round dalam pasaraya J tersebut, cari kedai minuman beralkohol, memang ada kaunter nye sendiri dan nampak pekerjanya semua bukan muslim. So, kalau dapat offer kerja cashier, selamat la dari terlibat secara langsung dengan arak ni.
Then, pergi Watson pulak. Walk-in interview terus kot. "Ada apa-apa soalan yang nak tanya?", saya pun tanya, "Kalau hari jumaat camana ea?". "Oh, kalau hari jumaat, untuk lelaki biasanya kita bagi off ataupun masuk petang pukul 2.30pm, so dorang bolehlah nak pergi semayang Jumaat". Teringat dulu waktu kerja kat restoran fast food M, time jumaat tulah ramai customer... lelaki pun ada, nak jadi perempuan agaknya. Manager pulak berat nak lepaskan pergi solat Jumaat, siap bole nego lagi tanya dah berapa kali tinggal solat Jumaat... khaik tuihhh!... Harap-harap esok ada la orang call suruh masuk kerja.
p/s: ini hanyalah semata-mata catatan tak ilmiah dari saya untuk saya review balik in da future
KAJIAN ISLAM ILMIAH AHLUS SUNNAH BONTANG 20-22 JUMADIL AWWAL 1446H/22-24
NOVEMBER 2024
-
The post KAJIAN ISLAM ILMIAH AHLUS SUNNAH BONTANG 20-22 JUMADIL AWWAL
1446H/22-24 NOVEMBER 2024 appeared first on Darus Salaf : Kajian Islam
Berdasark...
2 days ago